Sunday 25 January 2015

Tamhidi USIM - Pengajaran dan Pembelajaran

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Post ni akak buat special untuk junior yang teringin sngat nak masuk USIM selepas SPM.

Mungkin kita akan dengar rata-rata orang akan cakap,"USIM?? Uni baru ka?? Kat mana?? Swasta ka?? " dan macam-macam lagi. Tak caya?? Cer tanya kawan-kawan. Akak dulu pun mcm tu gak. Akak kenal USIM semasa kawan-kawan akak masuk Debat Bahasa Arab yg dianjurkan oleh USIM sendiri. Dari situ baru akak tahu, Ohhh ada gak universiti Islam selain UIA. Tak ramai batch akak yg masuk USIM ni. Boleh kira dng jari la.. Akak nak cerita sikit la pasal Tamhidi USIM.

So here we go!

First of all,Tamhidi okayy bukan Tahmidi.. Tamhidi tu Asasi @ Foundation cuma dalam Bahasa Arab. Adik-adik kena ingat,dalam USIM bahasa Arab sangat dititik beratkan. Even, kalau nak masuk USIM korang kena ada basic Arabic samada korang dari SMKA @ SMA @ SMK( kelas agama) @ Maahad .Kalau ada ambil arabic languange,okay you pass for first requirement.

Next, Tamhidi USIM ni menawarkan pelbagai kos sama macam universiti-universiti yang lain.
Antara kosnya:
-Perubatan
-Pergigian
-Sains dan Teknologi
-Syariah dan Undang-undang
-Perakaunan dan Muamalat

Semua kos setahun ja. Usim ni best sebab biah Solehah sangat kuat. Bukan bermakna klau nk cakap dengan bukan mahram kena cakap belakang pintu tapi masih jaga segala ikhtilat bagai tu. Kalau terlajak peramah,mesti ada rakan-rakan yang tegur dengan baik. Sejuk je hati belajar kat sini. Ilmu pun senang masuk,

*Buat pelajar Tamhidi Perubatan,Pergigian ,Sains dan Teknologi*

Lecturer kat sini BAIK sangattttt.. Serious,akak tak tipu.. Sangat caring. Kalau fail ke ada masalah ke bagitau je diorang. Diorang akan bantu. Macam akak dulu,susah sangat nk tackle soalan Maths,so akak apa lagi every Wednesday waktu takde kelas g jumpa Miss Faeza personally. Tanya dan selalu tanya even kekadang kena tanya balik. Jawab je la apa yg kita tahu. Tak tahu bagitau tak tahu.
Kalau subjek Chemistry (Mdm Latipah  & Mdm Ruby), Biology (Mdm Faizatul  & Wae), Physics ( Miss Ila & Sir Arho). Exam??? Takyah risau,selalunya dalam kelas lecturer dah bagi hint. Cuma korang je la kena alert. Jangan nk tidorrr sangatt dalam kelas...

USIM tak fokus pada subjek Sains saja tapi ada subjek tambahan sebagai makanan pada rohani. Subjek Bahasa Arab,Quran Sunnah dan tak lupa gak subjek ICT. Memang subjek kat USIM ni nak melahirkan pelajar yang serba boleh. Mungkin mula-mula,korang akan mengeluh sana sini tapi lepas semua ni korang akan rasa bersyukur gilaaaaa... Orang kat luar sana berlumba-lumba nk masuk USIM,korang Allah dah bagi masa untuk korang belajar subjek2 ni.. Bersyukur la adik2 oii...

Masa semasa Tamhidi ni banyak sangat kosong. Even dalam jadual, kelas start pukul 8 pagi- 5 petang tapi tak la satu hari tu full dengan kelas. *Lainla klau korang adjust timetable * Masa kosong yang banyak tu bolehlah korang nak g masuk kelas kos lain ke siapkan homework ke assignment ke
atau lepak-lepak kat library (memang tak ah sbb jauh kann?? )

Duit?? Aishh, kan dah ade elaun. So,tak jadi masalah klau anda seorang yang cermat. Belajarla jimat. Jangan nk terlalu boros. Yang perempuan tu,jangan nk shopping online sangat. Simpan duit dulu. Nanti naik degree sementara nak tunggu duit biasiswa masuk korang kena bayar banyak gilaaa....

So,itu je la yang akak nak share pasal belajar di USIM :)

Best! Best! Best!

17 comments:

  1. nice sharing akak syueee . heheh

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum akak.. klau saya tak amik bahasa arab dalam spm, boleh masuk ke??

    ReplyDelete
  4. Akak boleh tak kalau ambek tamhidi pergigian then sambung ijazah perubatan..tukar bidang selepas tamhidi..sebelum ijazah..boleh tak?? pointer mestilah kena tinggi kan..3.5-4.0..untuk tukar bidang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je dik.sbb tamhidi tu,namaje lain tp P&P benda yamg sama

      Delete
  5. Akak boleh tak kalau ambek tamhidi pergigian then sambung ijazah perubatan..tukar bidang selepas tamhidi..sebelum ijazah..boleh tak?? pointer mestilah kena tinggi kan..3.5-4.0..untuk tukar bidang??

    ReplyDelete
  6. Akak, program USIM dah diktiraf MQA ke belum?

    ReplyDelete
  7. Akak, slps tamhidi usim. Boleh smbng degree dkt universiti selain usim tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je takde masalah. tamhidi itu asasi mcm di universiti lain

      Delete
  8. 1)betul ke akak ijazah kejuruteraan kena ambil tamhidi sains & teknologi di USIM?2)tamhidi sains & teknologi berbeza ke dengan tamhidi kejuruteran & alam bina?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kos kejuruteraan & alam bina takda tamhidi. itu kos utk degree. Rasanya kena ambil tamhidi sains&teknologi dulu.

      Delete
  9. Boleh mintak email tak..saya nak tanya beberapa soalan..tq

    ReplyDelete
  10. Nak mintak email boleh..saya nak tanya beberapa soalan...tq

    ReplyDelete
  11. Akak...berapa yuran tamhidi perubatan ye.. akk ade dpt apa apa biasiswa tak waktu tamhidi..tq

    ReplyDelete
  12. Akak klau tamhidi perakaunan wajib addmath B+ ke x? yg lain saya ok

    ReplyDelete